“Masa mak ayah bercerai, dua-dua buang aku masa umur 10 tahun, sekarang bila dah berjaya mula cari sebab nak duit..”

Oleh MAISARAH AISYA

Kadangkala walaupun anak ini masih di usia muda, mereka sudah memahami situasi malah melihat tingkah laku ibu bapanya.

Tapi bila anak dah besar mula mengukit segala duit yang dilaburkan masa anak tersebut kecil seolah-olah mereka minta dilahirkan.

Di bawah adalah perkongsian daripada seorang anak yang diabai ibu bapa semasa kecil.

Terdetik dihati nak mencoret kisah saya lepas terbaca confession tentang kisah anak terpinggir, saya adalah salah seorangnya. Ini kisah saya. Saya Maisara berumur 20 an.

Berasal dari sebuah negeri di pantai timur. Bekerja dalam bidang perbankan di ibu kota. Ibu dan bapa saya bercerai ketika saya berumur 10 tahun. Saya merupakan anak tunggal.

Selepas bercerai ibu keluar rumah dan berpindah ke utara. Saya masih ingat kehidupan saya ketika itu ibarat sebiji bola. Ditendang ke sana ke sini.

Baca Artikel Penuh