“Masing-masing dah dewasa” – Ajai akui tak masuk campur, maklum Nourul dan Ayu dah berbaik

Oleh MAISARAH AISYA

Umum tahu mengenai penyanyi Nourul Depp yang meluahkan rasa sedih selepas berkecil hati dengan anak bersama bekas suami yang juga komposer, Ajai.

Hantaran yang dimuat Nourul itu menatrik perhatian peminat selepas ia ditujukan buat anak sulungnya, Ayu Nazirah.

Menurut Kosmo! Online, Ajai memaklumkan bekas isteri dan anak sulungnya itu sudah berbaik dan menganggap ia asam garam kehidupan.

“Anak dengan ibunya sudah okey. Ayu sendiri memaklumkan kepada saya yang dia sudah berbaik dengan ibunya.

“Alhamdulillah, Ayu kata Nurul ada hantar mesej selain Ayu sendiri sudah minta maaf kepada ibunya.

“Sebenarnya normal ibu terasa hati dengan anak atau pun sebaliknya,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Tambah Ajai dia tidak mahu masuk campur urusan anak dan bekas isteri kerana memikirkan kedua mereka sudah dewasa dan mampu selesaikan hal sendiri.

“Saya memang tak masuk campur sebab bagi saya, mereka sudah dewasa untuk menangani isu sebegini.

“Saya sangat memahami mereka tapi apa boleh buat, darah mereka sama, kalau sana api sini juga api. Jadi, tugas saya untuk jadi air,” ujarnya.

Ajai juga enggan mengulas dakwaan anak sulunya yang tingga bersama pelaon, Maria Farida sebagai punca utama bekas isterinya terasa hati.

“Ayu pernah jadi pembantu peribadi Maria Farida tetapi dia ada kerja tetap dalam bidang zoologi. Ayu pun ada rumah sendiri,” katanya.

Penyanyi lagu ‘Keliru’ itu tidak menghalang sekiranya Ayu mahu mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang juga anak Maria Farida, Mizan Ashley.

Baca juga: Afifah Nasir mahu jejaka tampan, pandai bahasa Inggeris dan tinggi ilmu agama jadi calon suami