MB Selangor setuju tangguhkan nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat

Oleh KIM SYAZIE

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah memberi jaminan akan menangguhkan proses penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) sehingga kerajaan negeri selesai mempertimbang dan menjelaskan kesemua isu berbangkit.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil malam tadi selepas pertemuan pimpinan tertinggi bersama dengan Amirudin dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor Hee Loy Sian.

“Dalam pertemuan itu, Biro Politik PKR telah menegaskan bahawa keputusan perlu berpegang kepada beberapa prinsip asas termasuk kepentingan penjagaan alam sekitar dan kesan penyahwartaan HSKLU terhadap masyarakat amnya yang perlu diminimakan.

Baca Artikel Penuh