Sebuah kampung di Maluku, Indonesia mencuri perhatian apabila menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah lebih awal berbanding kebiasaan.
Kejadian berlaku di Desa Buano Utara yang terletak di Kecamatan Huamual Belakang, Kabupaten Seram Bahagian Barat (SBB).
Penduduk disana dilaporkan telah memulakan sambutan Aidilfitri pada Selasa, 17 Mac 2026.
Rakaman video dikongsi di platform Instagram oleh akaun @mangentemaluku turut memaparkan penduduk tempatan berarak sambil membawa sebatang kayu yang dinyalakan api.
Momen malam takbiran di kampung tersebut turut dikongsikan oleh seorang penduduk, Sombalatu Purna, menerusi media sosial pada Isnin sekitar jam 11 malam waktu tempatan.
Pada keesokan paginya, penduduk setempat juga pergi ke Masjid Al-Anmabu bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah.
Solat bermula sekitar jam 6.20 pagi dan dianggarkan disertai kira-kira 350 jemaah.
Ini bukanlah kali pertama perkara seperti ini berlaku malah, pada tahun lalu juga, penduduk di kawasan tersebut telah menyambut Aidilfitri sehari lebih awal berbanding kebiasaan.
Ia adalah disebabkan penetapan tarikh yang digunakan mereka adalah kaedah tradisional, sistem diterapkan terbukti mempunyai ketepatan tinggi dalam menentukan tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam.
Baca juga: Bapa Zayn Rayyan kongsi nombor akaun bank, mohon sumbangan kos perbicaraan