Meremang tengok AC Mizal jerit ketuai komando kawad, “ramai tak tahu latarbelakang dia ni..”

Oleh WAN SITI AMINAH

Satu rakaman yang memaparkan acara kawad kaki di Maktab Tentera Diraja (RMC) berjaya menarik perhatian orang ramai baru-baru ini.

Mana tidaknya, pengacara dan pelakon terkenal, Datuk AC Mizal tampil sebagai komando kawad kaki dalam acara tersebut.

Menerusi rakaman video yang ditularkan di laman TikTok, pelakon filem Gerak Khas itu tidak terlihat kekok ketika memberi arahan.

Siapa sangka, Datuk AC sebenarnya mempunyai sejarah tersendiri bersama institusi pendidikan ketenteraan peringkat menengah itu.

Bukan calang-calang orang, pemilik nama sebenar Datuk Mizal Datuk Zaini itu merupakan bekas pelajar di institusi tersebut.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh AC Mizal ketika berucap di hadapan kadet sejurus selesai memberi arah kawad kepada mereka.

“Assalamualaikum semua, saya AC Mizal. Saya merupakan bekas pelajar atau bekas putra Maktab Tentera Diraja dari tahun 1984 sehingga 1988.

“Hari ni saya rasa sangat gembira sebab dapat jumpa awak semua. Jangan garang sangat senyum. Selamat maju jaya buat anda semua.

“Percaya pada saya, pelajar RMC sangat dihormati di luar sana. Jadi berbanggalah. Insya-Allah kita akan jumpa lagi di suatu masa akan datang,” katanya.

Maka, tidak hairanlah apabila AC Mizal mampu menjiwai watak badan beruniform seperti Koperal Jefri dalam Roda-Roda Kuala Lumpur dan Inspektor Mazlan dalam Gerak Khas.

Baca juga: Penjawat awam kantoi jual air ketum dekat Putrajaya