Tular isu mengenai usahawan kedai jahit di TikTok yang melabel orang Melayu pemalas smabil memuji orang negaranya yang pandai meniaga.
Dikenali dengan membahasakan dirinya madam, dia tampil membuat permohonan maaf namun ini bukanlah kes pertama yang ‘menaikkan’ namanya.
Sudah ada beberapa isu terjadi termasuk melibatkan pelakon, Nadia Brian yang ditengking pengusaha terbabit demi konten di TikToknya.
Walaupun sudah membuat permohonan maaf, ia dilihat sangat ‘play victim’ malah intonasinya dilihat terlalu bongkak.
Pengguna X tampil membalas cara usahawan tersebut meminta maaf, malah sempat mengungkit kesalahan orang lain lagi.
“Minta maaf tapi riak muka sikit pun tak nampak bersalah, intonasi bercakap pun melangit je, siap mention salah orang kat dia pula.
“Nak minta maaf, minta maaf je la. Kau nak maafkan orang, maafkan je. Tak payah nak sebut-sebut. Sejenis manusia manipulative ni boikot kan aje,” komen pengguna tersebut.
Dalam video tersebut, wanita itu membuat permohonan maaf secara terbuka andai ada terasa hati dengan kata-katanya.
Malah dia turut menjelaskan bahawa dia sudah memaafkan netizen yang memaki hamun dirinya semasa bersiaran langsung.
Turut meminta maaf dalam video adalah orang disebalik kamera yang mengakui tidak sensitif dalam isu melibatkan agama, bangsa.
Sehingga kini segala komen di ruangan TikTok wanita tersebut masih lagi ditutup dek kerana ramai memilih untuk boikot barangan tersebut.
Baca juga: “Saya rasa macam pengemis” – Aiman Tino luah rasa kecewa penganjur liat bayar hutang RM10k