Muncul dengan pakai korset, netizen akui pelik dengan gaya terbaru Aizat Amdan, dah macam Sam Smith

Oleh MAISARAH AISYA

Selepas tular gambar juara Akademi Fantasia, Hafiz Suip berambut hijau kini muncul pula bekas peserta rancangan realiti sama, Aizat Amdan dengan pemilihan baju yang unik.

Sudah lama tidak nampak kelibatnya di atas pentas, peminat dikejutkan dengan gaya terbarunya semasa menyanyi di konsert Yunaverse.

Tampil dengan baju biru dan seluar warna metalik paras lutus, lebih pelik adalah ia turut disertakan bersama aksesori rantai dan korset.

Umum sedia tahu bahawa lelaki beragama Islam dilarang memakai perhiasan yang menyerupai wanita.

Malah ramai yang turut menyamakan fesyen itu dengan penyanyi antarabangsa Sam Smith yang terkenal dengan fesyen uniknya.

Rata-rata peminat dan netizen terkejut malah ada yang kecewa kerana Aizat tampil dengan fesyen sebegitu.

“Aizat okey tak? Cukuplah Sam Smith sahaja yang begitu, janganlah tambah seorang lagi di Malaysia.

“Fesyen apa itu? Kenapa Aizat jadi begini?” antara komen netizen.

Namun ada seorang pengguna media sosial yang tampil pertahan penyanyi tersebut dan memakluman keunikan itu yang akan menarik peminat muda.

“Ok la. Nampak lain daripada yang lain. Kena rebrand semula diri dia. Sebab generasi baru sekarang pemikiran diorang lain.

“Benda-benda pelik mcm ni mereka biasanya mudah tertarik. Yang penting suara tetap best Aizat. Keep it up!!” ujarnya.

Baca juga: Lama tak dengar cerita, penampilan terkini Hafiz Suip berambut hijau buat ramai terkejut

Baca Artikel Penuh