Myvi terbalik pemuda ini masih boleh tersenyum sempat ‘berposing’ macam menang hadiah kereta

Oleh NASUHA RAHMAN

Sebuah kereta Myvi terbalik di atas jalan raya namun pemandunya masih boleh tersenyum malah sempat berposing dengan keadaan keempat-empat tayar kereta ke atas seperti menang hadiah kereta.

Pemuda terbabit sempat merakam gambar dengan menunjukkan tangan tanda bagus tanpa rasa panik bahkan kelihatan tenang dengan kemalangan yang dihadapinya.

Menerusi hantaran di akaun TikTok @syadad10, kejadian didakwa berlaku di selekoh tajam berhampiran dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi semalam.

Tidak seperti situasi cemas kemalangan lain, pemuda yang didakwa pelajar di sebuah universiti swasta itu memilih untuk bertenang sambil senyum ‘berposing’ di depan kereta berwarna kuning tersebut.

Posting beberapa gambar berbentuk video itu menerima lebih sejuta tontonan dan hampir 950 komen netizen yang rata-rata memuji sikap santai @syadad10 seperti memenangi hadiah sebuah kereta.

Tidak kurang terdapat juga segelintir netizen memuji ketahanan Myvi kerana mangsa dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun keadaan kereta remuk.

Baca Artikel Penuh