Siapa sangka kereta Waja yang dimenangi penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2001, masih lagi wujud dan digunakan sehingga sekarang.
Difahamkan, kereta Proton Waja bernombor plat ABP 2001 itu dijaga dengan baik oleh abang Tokti.
Namun baru-baru ini netizen memberitahu bahawa kini adiknya iaitu Siti Saerah yang menggunakan kereta tersebut.
“Ada nampak kereta ni dekat Muar. Adik dia pakai,” komen netizen.

Kereta itu merupakan pertama kali pihak penganjur memberikan sebuah kereta kepada pemenang anugerah tersebut.
Kebanyakan peminat meminta penyanyi popular itu mempamerkan kereta Waja miliknya di galeri buat tatapan peminat setelah Siti sebelum ini ada meluahkan hasrat untuk membangunkan galeri sendiri di masa hadapan.


Baca juga: “Terkongkong bila kakak ipar suka datang rumah, kami nak keluar pun kena ajak dia”