Netizen kongsi perbezaan layanan di bengkel orang Melayu dengan orang Cina cetus perbincangan hangat

Oleh KIM SYAZIE

Perkongsian seorang pengguna media sosial mengenai pengalamannya mengunjungi bengkel orang Melayu dan Cina mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna itu mengakui memang agak berbeza layanan yang diberikan pekerja di dua jenis bengkel tersebut.

“Betul lah ek beza bengkel Melayu dengan bengkel Cina.

“Parking kat bengkel Melayu, dia biarkan kita sampai kita sendiri yang kena approach dia, itu pun kalau tak busy. Kalau busy, dia sidai kita ni ha,” tulisnya.

Berbeza pula dengan bengkel yang diusahakan oleh kaum Cina. Katanya, baru sahaja masuk parking, mereka terus disapa oleh pekerja bengkel.

“Baru signal masuk parking, dia dah jalan terus pergi ke kereta kita, belum sempat tarik handbrake, dia dah tunggu tepi pintu nak tanya ‘kenapa boss?’,” kongsinya lagi.

Perkongsian ini disambut dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bersetuju dan menyatakan mereka juga mengalami situasi serupa, manakala ada juga yang menegaskan bahawa layanan di sesebuah bengkel tidak boleh digeneralisasikan mengikut kaum, tetapi lebih kepada sikap individu dan pengurusan.

Namun nampaknya lebih ramai yang bersetuju dengan kenyataan individu tersebut, mengakui pernah berdepan pengalaman serupa.

Baca juga: “Ada penjawat awam gaji bersih tinggal RM700 tapi masih nak buat loan”