“Netizen siap perli saya bercinta dengan bunian” – Azri Iskandar serik bercakap pasal teman wanita

Oleh MAISARAH AISYA

Terlalu terbuka berkongsi kisah percintaan dengan wanita misteri selepas bercerai, pelakon, Azri Iskandar akui sudah serik bercerita mengenai kekasih.

Azri dimarahi pelakon, Azhar Sulaiman yanh menasihatinya untuk berhenti berkongsi agar tiada lagi situasi dimana orang ramai memalukannya lapor Berita Harian.

“Azhar marah dan tanya kenapa saya cerita soal sudah ada teman wanita kepada umum. Dia kata kalau sempat jumpa saya, dia takkan bagi saya bercakap (hal itu).

“Azhar hanya benarkan saya bercerita jika nak kahwin atau sudah berkahwin dengan Dr Azra,” ujarnya seperti dipetik BH Online.

Azhar turut melarang dia berkongsi kerana tidak pernah memuat naik gambar bersama kekasih hati.

“Dia larang sebab tak mahu saya kena kecam hanya kerana tidak mendedahkan gambar Dr Azra dan mendakwa wanita itu tidak wujud.

Baca Artikel Penuh