Netizen terhibur Adam Lee sanggup cukur jambang, tak rela wajah disamakan dengan Alif Teega

Oleh KIM SYAZIE

Susulan kontroversi hangat membabitkan pempengaruh Alif Teega, nama pelakon Adam Lee secara tidak langsung turut terpalit kerana wajah mereka yang hampir seiras.

Tidak rela disamakan dengan pempengaruh itu, Adam Lee atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee nekad mencukur jambang di wajahnya.

Adam Lee

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Adam juga berkongsi imej barunya yang jauh lebih kacak dan pastinya tidak seiras lagi dengan Alif Teega.

Pelakon drama ‘Bidadari Salju’ itu turut memberi amaran kepada netizen untuk tidak menyamakan dirinya dengan Alif Teega.

“Jambang dah buang. Dah, jangan samakan aku dengan dia lagi,” kata pelakon berusia 29 tahun itu sambil menambahkan tanda pagar bahawa ini adalah Adam Lee.

Adam Lee

Sementara itu, Sweet Qismina atau Farhanna Qismina Supandi, 26, juga berkongsi semula hantaran Adam di Instagram Story berserta kapsyen ringkas mencuit hati.

Baca Artikel Penuh