Netizen terkejut kafe caj RM9 untuk sekeping roti canai, nasi lemak telur pula dicaj RM10

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengguna Facebook terkejut apabila sebuah kafe kedai makan mengenakan harga cekik darah untuk roti canai kosong yang dipesannya.

Menerusi resit makanan yang dikongsi Hairil Aien, tertera harga roti canai kosong yang dipesannya iaitu RM9 sekeping, manakala roti telur pula RM11.

Difahamkan, dia dan anaknya menikmati sarapan pagi di kafe yang tidak dinamakan itu dengan memesan sepinggan nasi lemak, sekeping roti telur dan dua keping roti canai kosong.

Baca Artikel Penuh