Pengerusi parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) Selangor bersetuju supaya Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari membawa isu panas berkaitan Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) minggu depan.
PH berkata, mesyuarat yang akan diadakan pada 8 September itu akan berbincang untuk mempertimbangkan hala tuju dan keputusan dalam isu tersebut.
“Pengerusi parti-parti komponen PH Selangor telah bertemu pagi ini bagi membincangkan isu berkaitan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.
“Semua pihak telah menyatakan pandangan dan keprihatinan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan terbaru hari ini.
Pada masa sama, PH Selangor turut memaklumkan bahawa bantahan terhadap cadangan lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) turut diberi perhatian dan dibincangkan dengan panjang lebar
“Kami ambil maklum bahawa PJD Link belum diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
“Mesyuarat telah bersetuju menolak sebarang usaha untuk menghidupkan semula projek lebuhraya KIDEX atau seumpama dengannya,” katanya lagi.
Kenyataan tersebut dibuat bersama Amirudin selaku Pengerusi PH Selangor dan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo