‘One way lah, haiyoo!’ – Pemandu patut berhenti saja di tengah jalan

Oleh ARIF ATAN

Seorang pemandu berteriak, “One way lah, haiyoo” kepada pemandu sebuah kereta berwarna merah yang memasuki jalan sehala.

Bagaimanapun, rata-rata warganet menyifatkan pemandu yang memberi teguran itu sepatutnya berhenti saja di tengah jalan.

Reaksi netizen itu susulan rakaman daripada dashboard memaparkan bagaimana pemandu yang menegur itu kemudiannya masih memberi laluan kepada kereta yang menyalahi peraturan trafik itu.

Tindakan itu dilihat membahayakan pengguna jalan raya dengan dibimbangi akan berlanggar dengan kenderaan lain yang mungkin tidak sempat mengelak daripada bertembung.

“Sepatutnya berhenti, suruh dia (pemandu kereta merah) pusing kereta dia dulu. Kalau tak, menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

“Tegur dah bagus tapi bagi laluan pula. Kalau aku berhenti saja situ biar dia pusing. Nanti tak pasal-pasal bagi dia laluan, ada kereta atau motor lain langgar.

Baca Artikel Penuh