Tidak semua orang berkemampuan untuk mengupah pengasuh, sehingga ada yang terpaksa membawa anak bersama semasa kerja demi memastikan mereka dijaga dengan selamat.
Tular di Threads, pengguna @scha.sham memuat naik momen seorang penghantar makanan membawa bayi kecilnya seawal pagi.
“Weh abang ni buat kerja sambil bawa bayi ke. Pagi-pagi dah banjir tengok kaki comel tu.
“Semoga Allah mudahkan segala urusan abang dan dimurahkan rezeki,” kongsinya di Threads.
Menerusi ruangan komen seorang pengguna dikenali sebagai Amin memaklumkan lelaki dalam video tersebut adalah jiran lamanya, dan isteri kepada lelaki tersebut juga bekerja.
“Ini jiran lama saya, sampai sekarang masih berhubung. Dia memang akan bawa anak dia untuk semetara waktu ini atas faktor kewangan.
“Isteri dia pun bekerja shift dan memandangkan hanya dia dia yang tiada halangan untuk bawa anak maka dia jaga anak, kerja rider sepenuh masa,” jelas Amin.
Rata-rata pengguna Threads memahami kesusahan rider berkenaan kerana bukan murah untuk bayar pengasuh.
“Sekarang kos pengasuh atau taska pun tak murah, RM600 ke RM1k tak lari lah. Dengan keadaan p-hailing sekarang yang teruk ni, memang tak mampu kalau nak hantar. Melainkan ada jiran-jiran yang sudi bantu jaga baby dengan upah murah sebab nak tolong.
“jujur cakap, sekolah sekarang mahal dan pengasuh pun mahal. Faham kenapa mahal. Ahh, hidup memang mahal sekarang,” antara komen netizen
Baca juga: Wanita sedih bekas suami rembat duit BAP anak, dakwa sudah habis bayar hutang motor