Pagi puji, petang saya terpaksa kutuk Ismail

Oleh KIM SYAZIE

Ismail Sabri telah menjejaskan peluang untuk mencapai persetujuan membentuk perjanjian kepercayaan-perbekalan-reformasi yang bersejarah antara pihak kerajaan dan pembangkang.

Saya tidak pernah menjangkakan yang saya akan memuji dan kemudiannya mengutuk perbuatan Perdana Menteri dalam hari yang sama. Itulah yang berlaku pada hari Sabtu lepas.

Pada pagi hari Sabtu, saya telah memuji Perdana Menteri ke sembilan, Ismail Sabri, kerana ciapan beliau yang mengatakan “Tiada sesiapa pun berada di atas undang-undang” berhubung dengan kes kematian penjaga keselamatan Thava Sagayam – yang telah diserang di sebuah kondominium di Ipoh pada Disember lalu kerana enggan membenarkan penggunaan kolam renang kondominium tersebut yang ditutup.

Dan saya katakan “perkara ini meningkatkan keyakinan bahawa Perdana Menteri akan mempertegakkan kedaulatan undang-undang dan prinsip tadbir urus yang baik serta menambah cerah kemungkinan berlakunya perjanjian kepercayaan-perbekalan-reformasi di antara pihak kerajaan dan pembangkang”.

Tetapi, pada petang yang sama, saya perlu mengutuk perbuatan Ismail Sabri dan meminta Perdana Menteri baharu tersebut menjelaskan adakah beliau akan mengabaikan titah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong untuk mengadakan undi percaya terhadap kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri apabila Parlimen bersidang semula pada 14 September.

Sambil itu saya memberikan pendapat mengenai kenyataan tidak masuk akal oleh Peguam Negara, Idris Harun, yang mengatakan undi percaya ini merendahkan kuasa Yang di Pertuan Agong.

Baca Artikel Penuh