Pekerja dipecat sebab datang awal ke pejabat

Oleh ROSLAN ZAMAN

Kebiasaannya pekerja akan diberi pengiktirafan oleh majikan jika selalu disiplin datang awal ke syarikat. Tetapi tidak bagi wanita malang ini apabila dia dibunag kerja atas alasan terlalu awal datang ke pejabat.

Portal Oddity Centraleorang melaporkan wanita di salah sebuah syarikat telah diberhentikan kerja selepas berulang kali mengabaikan amaran supaya tidak datang terlalu awal.

Wanita yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran di Sepanyol itu biasanya tiba di pejabat antara jam 6:45 hingga 7 pagi (waktu tempatan) walaupun kontraknya menetapkan waktu mula kerja pada jam 7:30 pagi (waktu tempatan).

Pengurusnya berasa tidak puas hati dengan kehadiran awal pekerjanya ini kerana memulakan tugas awal dari rakan sekerja yang lain.

Awal tahun ini, pengurus memutuskan untuk memberhentikan pekerja berkenaan atas alasan ‘kesalahan serius’, dengan menganggap kehadirannya yang terlalu awal menyebabkan dia tidak mempunyai tugasan dan tidak menyumbang kepada operasi syarikat.