Pekerja salun di Mid Valley KL raih lebih RM58,000 sebulan melalui komisen

Oleh KIM SYAZIE

Tular di media sosial slip gaji seorang pekerja salun rambut terkenal di pusat beli belah Kuala Lumpur yang meraih pendapatan lebih RM50,000 sebulan.

Meskipun gaji pokok hanya sekitar RM3,000, namun komisen yang diterima dan elaun-elaun tambahan mencecah puluhan ribu ringgit.

Hantaran tersebut, yang dikongsikan pengguna Threads dipercayai seorang perancang kewangan, memaparkan slip gaji pekerja tersebut dengan nilai komisen sahaja melebihi RM39,000

Perkara ini mengejutkan ramai kerana tidak menyangka pekerjaan di salun boleh memberi pendapatan yang lumayan.

Mereka juga berkongsi pengalaman didekati pekerja-pekerja salun berkenaan dan baru menyedari mengapa para pekerja agak aktif mencari pelanggan.

“Tengok slip gaji ini. Keseluruhan RM58,363.50! Gila power! Ini bukan CEO, ini pekerja salon rambut dekat Mid Valley. Jualan komisen dia RM39,000

“Siapa cakap kerja service line tak boleh kaya?,” katanya individu yang berkongsi slip gaji berkenaan.

Hantaran media sosial itu turut menyertakan peringatan mengenai cabaran menguruskan pendapatan yang tinggi dan berasaskan komisen

“Untuk high-income earner yang ada komisen tak menentu macam ini kena ada strategi kewangan dan loan yang betul. Sebab bank suka tengok pendapatan tetap.

“Kalau korang nak dapatkan pembiayaan rumah/kereta/perniagaan dengan slip gaji commission based yang power macam ini, jangan buat silap” katanya lagi.

Menurut perancang kewangan tersebut, pihak bank selalunya akan memberikan tumpuan utama kepada pendapatan tetap dalam urusan kewangan.

Baca juga: Sambal jadi lebih berlemak, wanita dedah tip mudah tambah satu bahan rahsia!