Seharusnya seseorang pekerja tidak menerima pelanggan lain jika dirinya sudah tidak berdaya, apatah lagi melibatkan isu yang boleh bahayakan orang.
Umum tahu barber atau tukang gunting rambut ada alatan khas yang lebih tajam untuk memudahkan kerja mereka, bayangkan ia dikendalikan semasa mengantuk?
Menurut Thaiger, seorang pelakon di Thailan bertindak menyaman tukang gunting rambut sebuah salun di Bangkok kerana memotong sebahagian telinga kanannya.
Natthapong ‘Oatmeal’ Kanthathan, memaklumkan dia pergi ke salun rambut tersebut bersama beberapa rakannya pada 28 September lalu.
Walaupun terlihat tidak bermaya dan mengantuk, pekerja tersebut masih menerima untuk menggunting rambut pelakon itu.
Malah tukang gunting rambut tersebut juga menutup mata ketika menggunting rambutnya sehingga membuatkan Oatmeal terpaksa mengejutkan lelaki itu.
Walaupun sudah cuba memastikan pekerja tersebut kekal sedar, kejadian hitam itu tetap berlaku.
Sebahagian telinga Oatmeal digunting, menyebabkan dia menerima tujuh jahitan selepas dibawa ke hospital.
Tukang gunting itu dikatakan membayar kos rawatan sebanyak 15,375 baht (RM2,020) tetapi tidak menawarkan pampasan lain.
Pada masa sama pekerja itu turut memberi 1,500 baht (RM197.16) untuk insurans kesihatan, namun enggan memberikan sebarang pampasan lain atas kerugian dialaminya.
Akibat insiden itu, Oatmeal berkata, dia telah kehilangan banyak pendapatan dan peluang kerjaya.
Dia kini sedang berunding dengan seorang peguam dan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas tukang gunting dan pemilik salun berkenaan.
Baca juga: Jadi tempat berlindung rakyat Palestin, sekolah TokTi di Gaza terselamat dari dibom Israel