Pelanggan AKSB ‘kena lipat’ patut bayar deposit RM400 lebih bukan RM1000, baki pula terus jadi sumbangan

Oleh NASUHA RAHMAN

Seorang pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) hari ini mendakwa beliau seolah-olah ‘kena lipat’ apabila membayar deposit air dengan jumlah RM1,000, padahal jumlah yang patut beliau bayar adalah RM400 lebih sahaja.

Pendedahan itu dikongsi melalui Facebook Fatin Mahiran di mana suaminya ke kaunter AKSB untuk menutup akaun kerana mahu menutup kedai.

“Patut la ore maroh sangat ko Air Kelantan.

“Masa nk buka kedai aritu Air Kelantan ambik deposit around RM1k.. amount betul atin x pasti sbb husband atin sattle semua.

“Hari ni kita orang g Air Kelantan nk sattle hal pindah kedai, nk tutup akaun air kelantan kat Tumpat nie.
husband atin masuk dlm, atin tunggu dlm keto.

“Dgn anok anok. sekali husband atin tubik, muko frust campur nk maros.

Baca Artikel Penuh