Pelanggan terkejut restoran di Langkawi caj RM5 untuk air kosong, restoran mohon maaf kerana kecuaian pekerja

Oleh KIM SYAZIE

Baru-baru ini seorang wanita mendedahkan harga cekik darah di sebuah restoran di Langkawi yang didakwa mengenakan caj RM5 untuk segelas air kosong.

Menerusi perkongsian di laman X, wanita itu menunjukkan bukti berupa resit makanan yang dipesan di restoran yang terletak di Pantai Cenang.

Menerusi resit itu, jelas tertera RM5 dikenakan untuk air kosong. Ramai kurang senang dengan caj harga tersebut, bahkan ada menyindir oleh kerana caj keterlaluan itulah menyebabkan ramai rakyat Malaysia memilih bercuti di negara jiran di Thailand.

Berikutan tularnya resit tersebut, ia telah menarik perhatian pemilik restoran terbabit yang kemudian menjelaskan bahawa berlaku sedikit salah faham berkenaan hal itu.

Pemilik restoran tersebut tampil memohon maaf di Facebook Langkawi Hari Ini dan meminta pelanggan berkenaan menghubungi mereka untuk memulangkan nilai berlebihan dibayarnya.

Menurut pihak restoran itu, kesilapan berlaku apabila kakitangan yang bertugas pada waktu itu tersilap memasukkan nombor kod air kosong.

Baca Artikel Penuh