Pemuda kecewa diminta turunkan sepanduk Netanyahu, laungan takbir dihalang penganjur ‘Freedom With Palestine’

Oleh MAISARAH AISYA

Ramai jelas menunjukkan kekecewaan terhadap penganjur perhimpunan ‘Freedom With Palestine’ yang berlangsung semalam.

Seharusnya pada ketika itulah rakyat menunjukkan rasa marah mereka kepada Israel yang menyerang penduduk Palestin hingga mengorbankan ribuan nyawa.

“Ini merupakan perhimpunan solidariti Palestin yang paling lemah pernah saya hadiri,” ujar pemuda tersebut dalam hanataran di Facebook.

Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE di Dataran Merdeka, kelmarin.

Menurut hantarannya di laman Facebook, tindakan penganjur yang tidak menghormati kebebasan bersuara telah menyebabkan ramai penyokong ‘down’ dan beransur pulang.

Jika dilihat di negara luar, ramai berkumpul dan melaungkan rasa marah mereka tapi di negara yang majoritinya Islam dihalang daripada berbuat demikian.

Baca Artikel Penuh