Pengguna media sosial mengkritik tindakan seorang peniaga yang didakwa membuat campuran Air Batu Campur (ABC) di dalam sebuah gabus besar atau styrofoam dikritik ramai.
Dalam satu rakaman tular di media sosial, seorang peniaga dilihat sedang membuat minuman ABC dalam dua buah gabus besar yang dicampur dengan pelbagai bahan seperti ais kisar, susu pekat, pelbagai jenis campuran sirap dan bahan-bahan lain untuk ABC.
Orang ramai mempersoalkan isu kebersihan kerana penggunaan bekas gabus tersebut dianggap tidak sesuai untuk penyediaan makanan dan minuman.
Ada yang bimbang ia boleh mendorong kepada pencemaran makanan kerana bahan dalam gabus sememangnya tidak selamat untuk digunakan sebagai bekas penyediaan minuman.
Sebahagian pengguna turut menegaskan bahawa penggunaan bekas tidak standard seperti itu boleh menimbulkan risiko kesihatan.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi gerai berkenaan
Baca juga: Erra Fazira terima mas kahwin ‘pohon’ emas 102 gram, sah bergelar isteri kepada Ezwan Zain