Seorang peniaga makanan meluahkan rasa hampir berputus asa apabila jualan yang diterima sepanjang menyertai sebuah festival makanan di Sungai Petani didakwa tidak mencapai sasaran.
Menerusi perkongsian di media sosial, peniaga tersebut berkata dia sudah memasuki hari ketiga berniaga namun hasil jualan harian masih sukar mencecah RM500.
“Hampir burnout sebenarnya. Dah hari ketiga tapi masih lagi macam ni. Mana nak bayar tapak RM3k+.
“Gaji staf dan segala kos kami dari Johor Bharu ke Kedah. Sales sehari nak jejak RM500 pun susah,” luahnya.
Menurutnya, kos yang perlu ditanggung bukan sedikit termasuk bayaran tapak, gaji pekerja serta perbelanjaan perjalanan dari Johor Bahru ke Kedah.
Peniaga itu turut mengajak orang ramai khususnya penduduk sekitar Kedah untuk hadir memberi sokongan memandangkan festival tersebut masih berbaki dua hari lagi.
“Warga Kedah, mai (datang) lah jemput support kami. Berbaki lagi dua hari je,” katanya lagi.
Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang memberikan kata-kata semangat serta berharap peniaga itu terus tabah menghadapi cabaran berniaga.
“Secara logiknya saya pun tak akan beli sebab fikir hanya buah celup coklat. Kalau anak minta pun saya akan jawab nanti ibu buat kat rumah. Tapi insya-Allah ada rezeki sis, jangan putus asa,” tulis seorang netizen.
“Untuk harga di Kedah, RM10 tu bapak mahal untuk seketul pisang. Sekian,” Komen seorang lagi netizen.
“Saya tak pasti la mana sis dapat keyakinan untuk join event ni dari JB ke Kedah. Awak kena faham orang Kedah ni macam mana dia tak akan beli pisang celup chocolate sebatang RM 10 minta maaf.
“Pisang dekat sini kalau pisang berangan tu satu kilogram, harga RM7 atau RM7.50 dekat pasar,” komen seorang pengguna Threads.
Baca juga: Media Indonesia minta rakyat jangan ‘iri’, Ringgit Malaysia jadi wang terkuat Asia