Penyanyi wanita bertudung didakwa amal sihir, kalau sebut namanya semua kenal! Ada dua ‘hint’ pasal selebriti ini…

Oleh KIM SYAZIE

Baru-baru ini kecoh dengan dakwaan seorang selebriti yang juga penyanyi wanita bertudung mengamalkan kerja khurafat iaitu sihir.

‘Hint’ yang diberikan ialah selebriti tersebut sangat popular sebab selalu sangat mencetuskan kontroversi. Kalau disebut namanya, mesti ramai yang kenal

‘Hint’ lain pula, selebriti itu dikatakan bukan orang muda. Usia pun orang kata, dah bau-bau tanah.

Seperti dilapor Utusan Malaysia, penyanyi itu sebenarnya sudah lama mengamalkan sihir dan kerja khurafat itu di rumah, siap ada bilik ‘khas’ dan tiada sesiapa pun yang dibenarkan masuk.

Sumber mendakwa, dalam bilik itu tiada barang berharga seperti duit atau barang kemas, tetapi terdapat bau yang tak begitu selesa ditinggalkan di ruang tersebut

Bukan itu sahaja, selebriti tersebut juga pernah lakukan amalan yang bertujuan sebagai pemanis wajah agar orang senang mendekatinya.

Kata sumber, antara lain sebab dia melakukan sihir agar orang suka padanya, kiranya sebagai daya penariklah. Maklumlah, dia pun orang berniaga.

Semoga penyanyi yang dikatakan ini dapat jauhkan diri dari perkara ini dan sempat bertaubat.

Baca juga: Pakai jubah lusuh tapi bayar zakat RM1 juta, amil terkejut, ingatkan fakir miskin