Pernah batal kahwin sebab isu kad pengenalan, pengantin terkejut ‘suami’ sebenarnya wanita!

Oleh MAISARAH AISYA

Pernah batalkan niat perkahwinan sebelum ini kerana masalah kad pengenalan, pengantin wanita terkejut ‘suami’ kantoi rahsia jantina lepas tiga hari berkahwin.

Pekara tersebut hanya terbongkar selepas bapa si pengantin perempuan itu berurusan di jabatan agama di Sukaresmi, Indonesia.

Memetik portal Tribunnews, si bapa jelas meluahkan rasa kecewa terhadap menantu yang selama ini disangka lelaki.

Menurut sumber, pasangan itu dikatakan sudah lama berkenalan menerusi media sosial namun si wanita tidak pernah mengesyaki apa-apa yang pelik.

Sebelum ini,mereka juga pernah membatalkan perkahwinan ekoran isu berkenaan kad pengenalan si lelaki.

Bukan sahaja pihak keluarga, malahan pengantin wanita juga ditipu dengan lakonan individu terbabit.

Baca Artikel Penuh