Orang ramai lancar petisyen terhadap Hadi Awang, desak lucut gelaran Tan Sri

Oleh KIM SYAZIE

Satu petisyen terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang digerakkan sejak semalam yang mendesak agar darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri kepadanya ditarik semula.

Ini susulan pengakuannya secara terbuka yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha untuk ‘menjatuhkan’ Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadi ketika ditanya pemberita berkata, perkara itu boleh dilakukan dan tiada mana-mana pihak boleh menghalang PN untuk menumbangkan kerajaan.

“(Apakah ia dibolehkan?) Dalam negara demokrasi dibolehkan.

“(Sekarang memang ada usaha PN rampas kerajaan?) Ya, itu biasa dalam negara demokrasi, kita berusaha bukan sahaja melalui PRU (Pilihan Raya Umum) tetapi termasuk melalui Parlimen,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen Isnin lalu.

Dewan Rakyat pada semalam juga berlangsung sedikit tegang selepas Ahli Parlimen kerajaan, RSN Rayer (Jelutong-PH) mendesak agar satu siasatan dilakukan terhadap Hadi.

Baca Artikel Penuh