PRU15: Komponen PH boleh siap sedia kerusi, calon serta lambang secara serius mulai sekarang

Oleh NASUHA RAHMAN

Semua komponen parti dalam Pakatan Harapan (PH) sudah boleh siap sedia dari segi pengagihan kerusi dan calon bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15 mulai sekarang.

Naib Presiden AMANAH, Dato’ Mahfuz Omar berkata, pelbagai persediaan melibatkan kerusi yang akan ditandingi serta juga calon yang akan mewakili parti masing- masing sudah boleh diberi pertimbangan serius kini.

“Selain menentukan kerusi yang akan ditandingi serta calon-calon yang akan mewakili komponen parti masing-masing, penggunaan lambang juga harus ditentukan.

” Pilihan raya negeri Johor baru-baru ini harus dijadikan iktibar apabila penggunaan 2 lambang memberi kesan dan impak yang tidak boleh dipandang enteng.

” Pemilihan calon mewakili parti mestilah calon yang boleh meyakinkan rakyat serta mereka yang mempunyai komitmen yang tinggi bagi membela nasib rakyat,” ujar beliau ketika dihubungi.

PRU15: Komponen PH boleh siap sedia kerusi, calon serta lambang secara serius mulai sekarang
Selain kerusi dan calon penggunaan lambang harus ditentukan

Sementara itu tegas Mahfuz, sekiranya terdapat mana-mana parti yang ingin menyertai PH, mereka harus membuat permohonan terlebih dahulu dan PH akan mempertimbangkan sama ada wajar atau tidak parti tersebut bersama dalam gabungan termasuklah mempunyai merit yang tinggi untuk menang.

Walau bagaimana pun tambahnya, PH senantiasa terbuka kepada mana-mana parti yang dapat menerima konsep dan perjuangan PH.

Baca juga: Selesai pemilihan PKR fokus utama perkukuhkan kerjasama PH hadapi PRU15, kata DAP

Baca juga: Ingin menghapus data digital dengan selamat, di Jepun hanya perlu bayar RM3.44 sahaja