Dua kes Covid-19 varian Omicron telah dikesan di Pulau Pinang membabitkan rakyat tempatan yang pulang selepas menunaikan umrah setakat ini.
Menurut Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow, kedua-dua kes tersebut adalah kes import melibatkan dua kes setelah pulang dari Arab Saudi.
“Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah mengenal pasti kedua-dua kes kes tersebut membabitkan mereka yang baru pulang dari menunaikan umrah.
” Mereka yang terlibat telah dimasukkan ke hospital bagi pemantauan dan tindakan lanjut oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang serta urusan mengenal pasti kontak rapat sedang giat dilaksanakan.
“Bagi memastikan varian Omicron tersebut tidak menular di Pulau Pinamg, maka tindakan pemantauan dengan lebih rapi sedang dijalankan walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyatakan bahawa 45 kes baharu varian tersebut telah dikesan sehingga 25 Disember, ” ujar beliau selepas program Jelajah Mesra di Georgetown hari ini.
Sejajar dengan itu beliau turut menyeru supaya rakyat Pulau Pinang mendapatkan suntikan dos penggalak dengan segera.
Sebelum ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah menyatakan sebanyak 30 kes import varian Omicron dari Arab Saudi telah direkodkan melibatkan 2 di Pulau Pinang, 2 di Johor, 2 lagi di Perlis serta 2 lagi di Kedah.
Manakala itu kes yang sama turut melibatkan 4 bagi Kuala Lumpur dan juga 4 bagi negeri Pahang dan 11 bagi Selangor dan 1 bagi Trengganu, 1 bagi Perak dan 1 bagi Melaka.