Perkahwinan Ira Kazar dan Syamsul Yusof masih lagi utuh dan bahagia, dedah rakan baik Ira, Nur Nilam.
Memetik mStar Online, isteri kepada pelakon Azlan Komeng itu mengakui terkejut dengan gosip rumahtangga rakannya hancur kerana jelasnya, Ira dan suaminya masih bahagia.
Menurut Nur Nilam, dia sudah menghubungi Ira untuk mendapatkan pengesahan mengenai dakwaan yang tular itu.
“Dia jarang bercakap dengan saya mengenai isu hal rumah tangga ini dengan saya, lebih banyak bercerita dengan Azlan, disebabkan ramai sangat bertanya jadi saya minta suami tanyakan.
“Memang tiada isu cerai, saya pun baru saja hubungi Ira sebelum temu bual ini untuk dapatkan kepastian… dia cakap tiada pun isu cerai ini,” katanya.
Dalam pada itu, Nur Nilam berkata ketika Ira datang ke rumahnya tempoh hari Syamsul ada bersama namun pengarah itu kemudian ke tempat lain.
“Semasa dia datang rumah saya hari itu pun Syamsul datang sekali cumanya dia tinggal Ira di rumah saya la dan dia keluar ke tempat lain.
“Saya lihat mereka Alhamdulilah bahagia, cuma mereka tak post di media sosial… ya la sebab kena kecam kan siapa je nak post,” katanya.
Baca juga: Jeragat pun boleh pudar! Tak sangka dua barang dapur ini ada banyak kegunaan