Rakyat Malaysia teruk kena kutuk netizen Jepun kerana perangai ‘double park’, sampai masuk berita utama

Oleh KIM SYAZIE

Warga netizen di Jepun meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rakyat Malaysia di negara itu, mendakwa kerana rakyat Malaysia meletakkan kereta secara ‘double park’ di sebuah kawasan parkir.

Difahamkan, sekumpulan wanita Malaysia menyewa sebuah kereta di Jepun yang kemudian meletakkan kereta bukan di ruang parkir yang betul.

Wanita Malaysia itu juga meletakkan kereta secara rapat dengan kenderaan lain sehingga jarak yang tersisa hanyalah 2cm.

Bahkan kes itu selesai selepas 3 jam, selepas pemilik kenderaan lain terpaksa memanggil servis ‘jack’ kereta.

Menurut perkongsian pengguna X Superpja, situasi tersebut mendapat perhatian meluas pengguna media sosial di Jepun sehingga ia menjadi berita utama di televisyen-televisyen.

“Rakyat Malaysia disebut dalam berita dekat Jepun ni sebab parkir dekat ruang parkir macam ni dan menimbulkan kemarahan rakyat Jepun. 

Baca Artikel Penuh