Ramai terkejut bendera Malaysia dinaikkan di Bandar Chicago, lagu Negaraku turut bergema

Oleh KIM SYAZIE

Sebuah video mengundang perhatian ramai setelah bendera Malaysia dikibarkan di bandar Chicago ketika negara ini menyambut hari kemerdekaan yang ke-67.

Dalam satu video tular yang mendapat perhatian ramai, bendera Malaysia didapati telah dikibarkan di bandar Chicago, bersebelahan dengan bendera Amerika Syarikat.

Video itu dikongsi seorang individu yang ketika itu berada di hadapan Chicago Cultural Center dan melihat beberapa individu sedang menaikkan Jalur Gemilang sambil memainkan lagu Negaraku.

Ia dikongsi seorang wanita di platform X @IntanEdgar.

Menurut wanita itu, mereka melakukan ini untuk setiap negara yang meraikan Hari Kebangsaan.

Dalam pada itu ramai yang meluahkan rasa terkejut bagaimana bendera Malaysia dikibarkan di sana kerana yang pastinya, negara ini tidak akan pernah mengibarkan bendera AS.

Namun kata pemilik video tersebut, kibaran Jalur Gemilang adalah inisiatif yang dilakukan sendiri oleh pusat kebudayaan bandar itu.

Dalam perkembangan lain, visual Jalur Gemilang turut muncul di bangunan The Torch, Doha Qatar.

Baca juga: Baru tahu lemon boleh bantu segarkan semula sayur layu, jangan lupa tambah satu bahan ini!