Ramai terkejut tonton babak Janna Nick tendang Sheila Mambo

Oleh KIM SYAZIE

Aksi pelakon Janna Nick yang menendang Sheila Mambo menerusi sebuah babak belakang tabir yang tidak ditayangkan dalam drama Surat Dari Tuhan, mengejutkan ramai.

Babak itu jelas memaparkan Janna sememangnya naik kaki pada pelakon veteran tersebut. Ia juga bukan suntingan atau ‘trick camera’.

Bagaimanapun, Sheila dalam satu hantarannya di Instagram telah meminta penonton tidak memarahi Janna kerana ia hanyalah lakonan dan tidak membawa kecederaan.

Menurutnya, aksi tersebut tidak dirancang dan Janna sendiri sudah meminta maaf kepadanya selepas melakonkan babak tersebut.

“MashaAllah jangan marah Janna. Sebaik sahaja (babak) ini habis, dia terus datang peluk saya dan minta maaf berkali-kali. Dia pun tidak rancang untuk buat begini. Tak apa saya maafkan dia,” tulisnya di Instagram.

Baca Artikel Penuh