Rekod tertinggi 24,599 kes baru hari ini

Oleh ARIF ATAN

Jumlah jangkitan Covid-19 di Malaysia terus meningkat kepada 1,640,843 selepas 24,599 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 6,936.

Walau bagaimanapun, ketika kes harian di Lembah Klang menunjukkan penurunan, tiga negeri mencatatkan paras tertinggi hari ini iaitu Sabah, Pulau Pinang dan Johor.

Selain empat negeri terbabit, empat negeri lagi merekodkan kes baharu empat angka hari ini iaitu Sarawak, Kedah, Kelantan dan Perak.

Pecahan setiap negeri (kumulatif):

Selangor – 6,936 (579,732)
Sabah – 3,487 (134,517)
Pulau Pinang – 2,078 (77,852)
Johor – 2,785 (128,666)
Sarawak – 2,024 (105,072)
Kedah – 1,538 (89,027)
Kelantan – 1,312 (71,083)
Perak – 1,170 (62,537)
Kuala Lumpur – 881 (168,705)
Pahang – 690 (40,519)
Negeri Sembilan – 526 (89,980)
Terengganu – 567 (30,324)
Melaka – 515 (46,252)
Perlis – 67 (1,589)
Putrajaya – 20 (5,197)
Labuan – 3 (9,791)