Remote aircond ‘lesap’, rupanya suami bawa pergi kerja setiap hari

Oleh MAISARAH AISYA

Kisah rumah tangga seorang wanita tular di media sosial selepas dia berkongsi pengalaman lucu namun menyentuh hati tentang suaminya yang dikatakan sembunyikan remote (alat kawalan jauh) ‘aircond’ setiap hari.

Menurut perkongsian di Threads, wanita yang menggunakan nama akaun mayaaaayanaa, memaklumkan setiap malam sebelum tidur, dia akan memastikan semua suis di ruang tamu ditutup.

Namun satu hari, suaminya mempersoalkan mengapa pendingin hawa (aircond) di bilik tidak dimatikan.

“Ada satu hari tu, mungkin saya ingat saya dah tutup aircond sebab bila tekan remote tu kan ada bunyi. Jadi saya anggap memang dah tutuplah.

“Keesokan harinya, suami saya kejutkan saya dan terus tanya kenapa tak tutup aircond. Saya terkedu waktu tu sebab baru terjaga daripada tidur.

“Lepas tu saya jawab, ‘rasanya dah off semalam.’ Tapi suami terus cakap, ‘mana ada off!’ dengan nada yang sedikit bengang.

“Bila saya nak jawab balik, dia terus keluar dan tutup pintu bilik. Baru saja sempat saya cakap dua tiga patah,” kongsinya di Threads.

Wanita itu kemudian mula mengesyaki sesuatu apabila mendapati alat kawalan jauh (remote) aircond hilang dari tempat asal.

Selepas beberapa hari, dia menemui remote tersebut di dalam beg kerja suaminya, dia meluahkan rasa kecil hati kerana suami sampai membawa remote ke tempat kerja.

Tambahnya lagi, dia sebelum ini sering membantu membayar bil elektrik jika jumlahnya melebihi kebiasaan.

“Ya memang ada remote dalam tu. Lepas tu dia cakap dia tak tahu pun ada dalam tu. Saya malas nak panjangkan cerita. Saya buat saja macam tak ada apa-apa.

“Tapi jujurnya memang kecil hati sebab sanggup dia bawa remote tu hari-hari pergi kerja semata-mata tak nak bagi saya hidupkan aircond.

“Padahal sebelum ini saya selalu saja top up dan bayar bil elektrik bila saya nampak jumlahnya lebih daripada kebiasaannya.

“Saya siap bayar awal sebelum dia sempat tengok bil tu,” tambahnya.

Insiden itu kembali terlintas di fikirannya apabila anak mereka yang berusia setahun lebih secara tidak sengaja menekan butang pada remote sehingga aircond kembali hidup, menyebabkan suaminya sekali lagi marah dan menjauhkan diri.

“Saya tahu dia marah, jadi saya terus transfer duit dekat dia, dua kali ganda daripada rate pengunaan harian,” katanya.

Dalam masa sama dia mengakui mungkin juga salah dirinya kerana tidak menutup aircond menggunakan suis utama.

Baca juga: Pakar cadang henti pengeluaran penuh KWSP umur 55 tahun, ganti bayaran bulanan