Apa perasaan anda jika dapat tahu mee yang dimakan sebenarnya hasil rendaman dari air aircond? Itulah yang berlaku di sebuah kedai makan di wilayah Jiangsu, China apabila kantoi menggunakan air lelehan penyaman udara untuk merendam cendawan dan mi,
Kejadian itu terbongkar selepas sebuah video tular menunjukkan paip plastik menyalurkan air dari penyaman udara ke dalam baldi berisi bahan masakan, lapor lapor portal berita Must Share News.
Namun difahamkan, restoran tersebut hanya beroperasi menerusi platform penghantaran makanan tanpa khidmat makan di premis.
Selepas disiasat oleh pihak berkuasa, rupanya restoran tersebut pada awalnya merendam bahan masakan menggunakan air paip, namun ditukar kepada air lelehan penyaman udara.
Susulan penemuan itu, pihak berkuasa menyita semua bahan untuk ujian dan mengarahkan restoran tersebut ditutup serta dikeluarkan daripada aplikasi penghantaran.
baca; restoran