Rezeki tak salah alamat, pelajar universiti menang Proton S70

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapat rezeki yang tidak disangka apabila diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah yang membolehkan dia membawa pulang sebuah kereta jenama Proton S70.

Pelajar berkenaan memenangi hadiah utama itu ketika ketika menyertai International Golden Monsoon Ride and Run (IGMRR) kelmarin.

Lapor Harian Metro, Muhammad Izzat Yahya, 20, tidak menyangka sama sekali kehadirannya ke acara berkenaan membawa tuah. Lebih-lebih lagi dia hanya mengeluarkan modal RM60 sahaja.

Katanya, dia bercadang menghadiahkan kereta yang dimenanginya itu kepada ibunya, Che Rokiah Said, 56, untuk kegunaan harian memandangkan dia masih dalam proses mendapatkan lesen memandu.

“Hadiah ini bukan hanya rezeki untuk saya, malah ia satu keperluan yang boleh dimanfaatkan oleh keluarga untuk kegunaan harian.

“Ibu berniaga nasi lemak di Jitra dan kereta yang saya menangi ini dapat digunakan ibu untuk kegunaan hariannya terutama bagi kegunaan membeli barang berniaga,” katanya seperti dipetik.

Baca juga: Terus tak lalu beli barang dapur, nampak budak kencing dalam tong sampah di pasar raya