Ribuan tonton Sajat tidur berdengkur gara-gara terlupa ‘end live’- Ramai nak kejutkan dia tapi tak boleh

Oleh NASUHA RAHMAN

Hampir 6,000 pengguna TikTok telah menyaksikan usahawan kontroversi Nur Sajat tidur berdengkur gara-gara terlupa untuk ‘end live’.

Sajat dikatakan membiarkan telefon bimbitnya menayangkan aksinya sedang tidur lena yang sempat dirakam oleh seorang pengguna TikTok rolexnotforex.

Difahamkan ada orang yang mendakwa menonton ‘live’ Sajat hampir satu jam.

Daripada perkongsian itu netizen meninggalkan komen-komen lucu bahkan tidak kurang juga ramai yang mahu mengejutkan usahawan dengan membuat panggilan.

Walaupun ada yang menyifatkan dengkuran Sajat seperti enjin turbo namun Sajat tetap kelihatan ayu.

“Relax je dia tidur ek, kalau aku dah ternganga dah,” komen netizen.

Baca Artikel Penuh