Orang zaman sekarang lebih suka mengkritik tanpa tahu usul periksa, bila anak berhenti sekolah mula salahkan ibu bapa sedangkan mereka ini tak tidur siang malam demi cari wang.
Seroang pengguna Facebook, Pe Chey berkongsi kisahnya melawat tiga beradik yang susah dan membantu mereka untuk beli barangan dapur.
Di bawah adalah perkongsian tersebut.
Aku bawakan tiga beradik ini (kisah yang aku kongsikan Jumaat lepas) ke Giant membeli barangan dapur. Aku minta izin ibunya. Usai balik sekolah petang tadi, kami pergi.
Ada hamba Allah yang baik hati yang kirimkan duitnya. Si abang, kakak dan adiknya. Saja aku bawa.
Aku suruh si abang ambilkan barang. Cukup dia berhati-hati tadi. Mungkin takut mahal. Aku kata, “Ambil beras. Cari yang 10 kilogram.”
Terkial dia tadi mencari mungkin ‘ketakutan’ melihat harganya. Setelah itu, aku tanyakan apa barang yang tiada di rumah, ambil.
Mereka bertiga ambil itu ini tadi, sambil bertanya ini boleh ke tak. Aku bolehkan aja.
Masa nak bayar, aku tunjukkan Kinder Bueno.
“Adik nak tak ni?” Soalan yang tak payah ditanya sebenarnya.
“Nakkkk cikgu. ” Dia nyata gembira. Benda sedap, mahal dan sangat payah nak dapat sebenarnya.
Si akak dan abangnya tak banyak cakap. Apa aku tunjuk, diaorang angguk saja. Mereka suka air soya Yeos rupanya makanya aku belikan lebih.
Sebelum pulang, aku bungkuskan KFC. Tiada kata selain riak gembira terpancar di muka mereka. Mungkin tak sangka, mungkin dah mengidam.
Sesampai di rumah, sempatlah aku berbual seketika dengan ibunya di depan pintu rumah. Banyaklah kisah diceritakan.
Namun ada satu yang buat aku terdiam. Tak tau macam mana nak kata.
“Mungkin si kakak terpaksa berhenti sekolah cikgu. Nanti aku nak ambil anak kecil ku balik sini. Tiada siapa nak jaga. Aku terpaksa kerja. Kerja sekarang tak menentu masa.
Mungkin kena kerja lebih masa sampai malam. Susah hidup sekarang ni cikgu. Ini pun terkejut saya cikgu datang siap belikan barang.
Terima kasih cikgu, terima kasih juga kepada kawan cikgu yang bantu biaya beli barang ini..”
Bergetar suara si ibu menahan sebak.
“Ada kawanku minta belikan…”. Pendek aku balas.
Jangan dikecam si ibu. Apa pilihannya yang ada bila ‘hilang”‘ suami. Dialah yang terkontang kanting biaya kesemuanya seorang diri.
Perjuangan untuk hidup hari ini bukan mimpi, bukan berangan angan. Nyata bukan ilusi. Itu hakikat. Hakikat perjuangan. Doakan mereka.
Kadangkala kita perlekehkan seseorang tanpa tahu seberapa banyak mereka berusaha, nasib manusia berbeza asalkan ia rezeki yang halal, maka janganlah mengecam.
Baca juga: “Aku selalu dituduh guna duit suami. Sekali mentua ambil kereta yang aku bayar tanpa izin”