Sebar gambar rakan di TikTok punca pelajar tingkatan 5 ditampar berkali-kali

Oleh MAISARAH AISYA

Terkejut melihat gambarnya dalam TikTok rakan sekelas, pelajar perempuan tingkatan lima bertindak mengasari rakannya selepas tidak berpuas hari.

Tular video mengenai seorang pelajar yang dilihat menampar rakan sekelas selepas berdepan dengan rakannya mengenai gambar yang dimuat naik tanpa kebenaran.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang dibuat oleh suspek yang merupakan pelajar berusia 17 tahun.

“Hasil siasatan kejadian dikatakan berlaku pada Jumaat lalu selepas suspek melihat satu hantaran gambar yang mengaibkan dirinya di akaun TikTok milik rakan sekelasnya.

“Suspek kemudiannya berjumpa dengan rakan tersebut dan telah bertindak menampar pipi rakan sebanyak lima kali sambil bertanya mengapa mangsa mempunyai gambarnya,”katanya dalam kenyataan hari ini.

mangsa memaklumkan bahawa gambar tersebut diambil sendiri oleh suspek menggunakan telefon bimbitnya namun suspek menidakkan kenyataan tersebut.

Baca Artikel Penuh