Hari demi hari dapat dilihat tentera Israel semakin kejam melakukan serang kepada penduduk Gaza di Palestin.
Terbaru, tular dua keping gambar yang menunjukkan sebuah kedai di Terengganu mengibarkan bendera Israel.
Kes tersebut menaikkan kemarahan ramai kerana tidak sensitif akan isu yang melanda Palestin.
Bagaimanapun menurut Sinar harian, pelaku tersebut telah memohon maaf dan menurunkan bencera berkenaan.

Difahamkan, motif kejadian dalam siasatan pihak berkuasa dan orang ramai diminta bertenang serta tidak mengambil tindakan sendiri.
Sementara itu, menjengah komen netizen kebanyakannya meluahkan rasa kesal ekoran tindakan tersebut.
Hayati Tasyriq berkata, pelaku tidak berapa sihat dan kini dalam pemantauan pihak berkuasa.
Sementara itu, Asrul Musa berkata, tindakan itu amat memalukan dan tidak peka terhadap sensitiviti seluruh umat Islam.
Pada ketika ini ramai berduka dengan tragedi berdarah yang melanda negara Islam Palestin, apatah lagi serangan dilakukan di hospital.
Seorang lagi pengguna media sosial, Faith Schiudere mempersoalkan hukuman terhadap tindakan mengibarkan bendera Israel.
“Boleh kena dakwa ke kes gini (macam ni), betul tak beretika tetapi jenayah ke,” soalnya.
Baca juga: Nama bapa jadi bahan ‘jenaka’ Jihan Muse, tak sangka ini respon Azmi Saat