Kes perbuatan tidak senonoh di tempat awam semakin banyak berlaku, lebih membahayakan jika ada pasangan yang melakukan perkara itu ketika memandu.
Tular di media sosial mengenai pemandu lori merakam gambar sepasang kekasih dalam Perodua Myvi yang menggunakan lorong tengah.
Kejadian dikatakan berlaku di lebuh raya dari Alor Gajah ke Pedas Linggi lapor The Sun.
Gambar-gambar menunjukkan seorang wanita muda meletakkan kepalanya di atas riba pemandu yang comel dan romantis dengannya.
Menurut pemandu lori, Myvi itu bergerak sekitar 70km/j di lorong tengah dan tidak menukar lorong langsung di seluruh laluan lebuh raya.
Pemandu trak itu juga menunjukkan bahawa terdapat pelekat “P” pada cermin depan yang bermaksud pemandu tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang membahayakan.
Warganet mempersoal tindakan pemandu memilih jalan raya untuk membuat perkara yang tidak senonoh, malah mempersoal pemandu lori yang merakam.
Sudah banyak kes kemalangan yang disebabkan oleh pengunaan telefon jadi pengguna jalan raya perlu bijak ketika memandu.
Baca juga: Kisah hakim di Malaysia tolong bayarkan denda mahkamah keluarga miskin ini buat ramai tersentuh