Aktres terkenal, Nabila Huda meluahkan rasa sedih kerana sudah seminggu tidak berkesempatan memasak untuk keluarganya.
Menurut Nabila atau mesra disapa Abil, dia tidak dapat berbuat demikian kerana sudah mula sibuk dengan kerja dan jadual penggambaran.
“Saya sedih tak dapat langsung nak masak untuk suami dan anak sebab dah mula bekerja.
“Hampir seminggu dah tak masuk dapur. Hancur berderai hati ini. Rasa gagal jadi seorang perempuan. Selesai luahkan perasaan!,” ciapnya di X.
Abil sebelum ini sering memuat naik video berkongsi masakannya untuk bekalan Keisha ke sekolah.
Bagi aktres berusia 38 tahun itu, dia perlu memberikan yang terbaik untuk keluarganya namun ramai warganet memberikan kata-kata positif buat Abil.
Ramai wanita memberi kata dorongan mengatakan dia sama sekali tidak gagal dan anggap sahaja kesibukan kerja dan kekangan masa itu adalah untuknya berehat daripada memasak.
Baca juga: Naik gatal satu badan disangka ada gangguan, penyakit ekzema anak sembuh lepas jumpa doktor ini!