“Semua nak salahkan penyakit ain” – Netizen minta berhenti tunjuk bahagia kat sosial media, orang banyak dengki

Oleh MAISARAH AISYA

Tular mengenai suami isteri yang terkenal melalui sosial media mereka yang sering berkongsi mengenai hubungan sebagai pasangan.

Baru-baru ini timbul cerita bahawa si suami terkena buatan orang dan si isteri merakam perjalanan untuk mengubatinya.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah ketika si suami menasihati si isteri, wanita tersebut dilihat leka membaca komen semasa siarang langsung atau live.

“So betul la kot aintention seeker, bukannya penyakit ain pun. Husband tengah nasihat dan bincang, mata kau sibuk duk baca komen dekat skrin handphone.

“End live pun tidak. Kalau macam ni perangai, salahkan diri sendiri je la. Bukannya salahkan penyakit ain ke nurul ke siti sifir ke,” komen pengguna X.

Rata-rata netizen bersetuju bahawa kedua-dua pasangan boleh duduk berbincang dan berehat daripada menggunakan sosial media.

“Bagi aku dua-dua ada silapnya. Aliff boleh ja minta isteri dia tamatkan live dulu dan baru nasihat. Tu cara yang terbaik. Wife dia pun silap, semua benda nak cerita kat social media. So tak boleh nak kata satu pihak ja yang salah atau betul.

“Ada segelintir perempuan suka cari simpati dekat luar, play victim, tunjuk salah pasangan sampai lupa muhasabah, cermin diri, bincang cari kata sepakat kalau dah tak boleh move on move forward. buat drama lebih best dari settle cara dewasa. segelintir sahaja.. bukan semua.

“Dua-dua salah sebab apa? sebab laki dia pun tahu kan aisyah buat live yang dia kabut nak cakap time tu juga kenapa ya?” antara komen netizen.

Sebab itu tak digalakkan tunjuk kebahagian berlebihan di media sosial banyak mata yang memerhati apat lagi kedua-duanya berduit.

Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib. Ianya adalah satu pandangan manusia yang penuh dengan rasa takjub dan cemburu sehingga ia boleh memberikan kesan buruk kepada individu yang dipandang.

Baca juga: Tergamak lemaskan bayi dalam mangkuk tandas, ‘influencer’ takut ditinggal kekasih