Semua penduduk di Pantai Timur dah guna habis SARA RM100

Oleh KIM SYAZIE

Semua penduduk di negeri Pantai Timur l telah menggunakan 100 peratus Sumbangan Asas Rahmah (Sara) berjumlah RM100 yang diberikan kerajaan.

Selain, tiga negeri tersebut iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang , negeri lain yang turut merekodkan penggunaan penuh Sara adalah Kedah, Perlis, Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perkembangan itu sekali gus mencerminkan tahap penerimaan dan keberkesanan inisiatif bantuan kerajaan tersebut kepada golongan sasar.

Pencapaian ini juga menunjukkan bantuan disalurkan di negeri berkenaan telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima yang layak.

Ia khususnya bagi menampung keperluan asas harian seperti barangan makanan dan keperluan isi rumah.

Menurut Kosmo! Online, negeri lain dilaporkan masih belum mencapai tahap penggunaan 100 peratus Sara termasuk Sabah dan Sarawak.

Inisiatif Sara antara langkah kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Bantuan kewangan tersebut sejajar dengan agenda kesejahteraan rakyat yang menjadi keutamaan semasa Kerajaan Madani.

Baca juga: Seronok belanja kawan guna kad kredit, wanita terkejut hutang mencecah RM241,00