Sering dikaitkan dengan neraka, ini jawapan ‘deep’ Habib Umar buat geng pelangi

Oleh KIM SYAZIE

Sejak berita kedatangan band terkenal, Coldplay ke Malaysia, isu golongan pelangi atau LGBT kembali menjadi perbincangan hangat pada saat ini.

Dipandang hina, masyarakat sering menggunakan hujah ‘syurga dan neraka’ ketika berdepan dengan golongan ini.

Menyimpan hasrat untuk pulang ke pangkal jalan, seorang wakil LGBT tampil meminta pandangan dari ulama terkenal, Habib Umar bin Muhammad bin Salim Ben Hafidz.

Tanpa menghakimi, Habib Umar menasihati umat Islam agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT untuk mendapat petunjuk dan rahmatNya.

Jelasnya, tiada sesiapa di dunia ini mempunyai hak untuk menjatuhkan hukum kepada orang lain sama ada ke syurga atau neraka.

Hal ini kerana, yang menjadi penentu nasib seseorang itu hanya tergantung kepada saat di penghujung hidup mereka sama ada baik atau sebaliknya.

@kandazakiyy

Habib Umar Menjawab Soalan Wakil daripada Golongan LG*T. Rahmat Allah sangat Luas, Hidayah Milik Allah❤️🫶#fyp #fypシ

♬ Music Islami – R22 Music

Habib Umar turut mengingatkan golongan ini agar tidak pernah putus melakukan ibadah dan sentiasa bertaubat untuk mendapat rahmatNya.

Merungkai persolan dalam bahasa Arab, jawapan Habib Umar itu diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh pendakwah, Habib Ali Zaenal Abidin.

Ramai yang mengakui tersentuh, tausiyah Habib Umar itu turut dikongsi di dalam bentuk video dan dimuat turun menerusi laman TikTok.

Baca juga: Kongsi gambar ‘free hair’ di hari jadi ke-39, Nadia Annuar tidak lagi berhijab?