Semakin banyak memilih untuk tidak berkahwin, ada pelbagai perkara menjadi punca untuk tidak menamatkan zaman bujang.
Mengakui diri sudah berusia, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat tidak menolak seandai dirirnya akan menghabiskan usianya di rumah penjagaan orang tua.
Malah Syafinaz juga sudah melihat rumah orang tua malah dan memaklumkan tempat tersebut kini mempunyai banyak kelebihan lapor Kosmo! Online.
“Saya terfikir dan telah ‘survey’ rumah orang tua yang mungkin saya boleh masuk satu hari nanti. Sebab rumah orang tua zaman sekarang ‘best’. Bukan macam kita tengok dulu-dulu.
“Jadi, saya tidak menidakkan kemungkinan yang saya akan masuk rumah orang tua satu hari nanti,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Jelasnya dia menganggap perkahwinan hanya akan membuatnya pening kepala malah dia terimbau nasihat diberikan Allahyarham Datuk Sharifah Aini.
“Ramai orang asyik bertanyakan soal jodoh sejak hari pertama saya bergelar penyanyi sehinggalah hari ini.
“Tetapi saya nak kongsikan satu kisah yang saya tak pernah ceritakan kepada sesiapa pun. Allahyarham Datuk Sharifah Aini pernah beritahu saya, tak payah kahwinlah.
“Katanya, jika saya berniat untuk berkahwin, saya patut berkahwin dengan seseorang dari negara Barat, kalau tidak, tak payah kahwin katanya,” kongsinya.
Pada masa sama dia tidak menolak sekiranya ada jodoh namun perkahwinan buatnya bukanlah satu keutamaan.
“Jodoh di tangan tuhan. Kalau Dia kata tak ada, maka tiada tetapi kalau Dia kata ada, saya terima.
“Buat masa ini, berkahwin bukanlah keutamaan dalam hidup saya. Kalau ada lelaki yang sesuai dan senang mata memandang, saya okey, tiada masalah.
“Yang penting dia perlu faham saya dan tidak meletakkan limitasi tentang apa yang saya mahu lakukan dalam hidup,” jelasnya.
Baca juga: Gaya tudung baru Datuk Seri Vida banjir pujian, ada yang cakap macam iras Anzalna!