Spekulasi terjawab, Amira Othman dedah punca tak ikut Fattah ke Korea

Oleh MAISARAH AISYA

Biasalah, apabila pasangan selebriti berjauhan, peminat mula membuat pelbagai spekulasi, da saja andaian yang timbul sehingga mereka terpaksa tampil memberikan penjelasan bagi mengelakkan salah faham berpanjangan.

Penyanyi, Amira Othman, berkongsi keadaan kesihatan dirinya yang tidak mengizinkan sehingga terpaksa membatalkan rancangan penerbangan ke Korea bersama suami yang juga pelakon Fattah Amin.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Amira menjelaskan dia sebelum itu sudah pun bersiap untuk terbang atas komitmen kerja.

Namun keadaan tubuh tidak mengizinkan selepas menerima nasihat daripada tiga doktor pakar yang ditemui.

Dalam perkongsian tersebut, Amira menyatakan rasa syukur kerana perancangan Allah lebih baik, selain mengucapkan terima kasih kepada suamin yang sempat menemaninya di hospital.

“Ala comel suami saya. Saya pujuk dia suruh terbang juga sebab kesian dekat team Rissa yang sudah siapkan persiapan dari A to Z.

“Allah sebaik-baik perancang kan. Terima kasih teman saya tidur hospital semalam.Semoga selamat dan bergembira di Korea,” tulisnya.

Dalam masa sama Amira turut memaklumkan dia tidak dibenarkan terbang buat masa ini kerana faktor cuaca sejuk.

“Saya terlepas lagi nak terbang. Tiga doktor pakar yang saya jumpa semua cakap tak boleh ‘fly’ lagi buat masa ni sebab cuaca sana sejuk kan.

“Tapi insya-Allah doakan saya selalu. Okey je ni sikit je,” katanya.

Baca juga: Dikecam ramai kerana gelarkan Neelofa ‘orang suci’, Saby Rose tampil beri penjelasan