Siapa sahaja tidak marah jika sudah menanggung pasangan, hal anak dan rumah tangga juga jatuh di tangan sama.
Pastinya satu hari akan meletup juga jika terlalu lama memendam rasa apatah lagi pasangan sudah ditegur berulang kali.
Seorang wanita sudah lelah dengan sikap suami yang tidak bekerja malah tidak membantunya dalam menguruskan hal rumah tangga.
Di bawah adalah luahan tersebut.
Boleh tak nak resign jadi isteri solehah. Aku penat sangat, baru umur 20-an dan ada anak dua orang.
Suami aku dari dulu jenis tak boleh kerja dengan orang, memang dia tak reti ikut arahan. Aku siap carikan kerja kesudahannya dia tak nak.
Dia kemalangan baru-baru ni, lagilah aku rasa diberikan ujian. Dia sakit dengan tidak sama sahaja, sama ja pemalas.
Aku pula dari dulu jenis suka cari duit tepi, macam-macam kerja aku buat dari rumah, senang dapat RM5k bulan-bulan ni mudah juga.
Aku tak suruh pun dia kerja kalau dia rasa malas sangat tapi tolonglah tengokkan anak, waktu siang okay tapi bila malam aku juga kena hadap ragam anak.
Aku pun penat cari rezeki di siang hari, bila malam terpaksa bersenkang mata pula untuk anak.
Kadan aku rasa berdosa sebab mengeluh banyak benda dan tegur dia suruh buat kerja, biasalah manusia kalau dah marah sangat.
Dari A sampai Z aku tanggung, aku tak minta banyak, berhenti rokok dan vape, tolong aku jaga anak, bangun sekali dengan aku di waktu malam.
Suami satu hal, mak aku pula satu hal bila dia tahu aku buat duit. Mak aku tak habis nak berhutang. Aku tak kisah pun bab tolong tapi dia cari aku bila susah, anak mana yang tak terasa.
Suami pula bila balik rumah mentua aku mesti senang-senang suruh aku ‘transfer’ duit dekat keluarga, konon dia bagi tunai lepas tu dia juga habiskan duit aku.
Aku betul-betul penat, nafkah aku memang tak dapat jadi aku nak cerai tapi dia tak nak lepaskan, konon nak berubah tapi hampeh.
Salah ke aku terfikir nak cerai sedangkan yang tanggung semua aku dan dia seronok membabi buta di rumah.